Pertama sekali, alhamdulillah syukur pada allah swt kerana deno berjaya juga tamat diploma setelah banyak dugaan deno tempuhi kerana sakit.
Deno tangguh belajar sebanyak 4 semester bersamaan 2tahun belajar kerana masalah kesihatan deno *SLE. Walaupun deno ketinggalan dan dah ramai rakan satu batch yang telah tamat degree, deno tetap bersyukur sebab diberi peluang menimba ilmu sehingga tamat.. syukur sangat *sepatutnya boleh tangguh 2 kali je, tapi canselor uitm beri kebenaran selepas dapat surat dari abah :')
Alhamdulillah, tepat pukul 1.30petang tadi, deno dan abah sampai di UiTM Dungun iaitu kampus utama UiTM di Terengganu untuk pengambilan jubah konvokesyen pada 20mei. Perjalanan kami ambil masa satu jam dari rumah ke sana.. Deno dan abah je, jadi kami berdating dua orang la tadi :p
Sampai je kat sana, deno dan abah terus jalan pusing-pusing cari blok7 sebab kat situ tempat amik jubah. Student dah ramai sampai, hingar bingar dengan suara gelak tawa. Ada yang jadi model pun ada dengan jubah masing-masing.. pastu siap buat photoshoot dnegan kawan-kawan.. Nampak tak ke"excited"tan student yang bakal berkonvo esok? Deno senyum je tengok gelagat diaorang.. *teringat kawan baik la pulak... sebak kejap T_T
Semua student kat situ dengan kawan-kawan, deno sorang je jalan beriringan dengan abah. Deno rasa dah macam budak darjah satu yang nak daftar masuk kelas dah.. deno je dengan abah :) Jalan-jalan cari tempat tak jumpa, last-last deno tanya sorang student perempuan yang dah ada beg konvo.. thanks for her sebab deno terus jumpa bilik tempat amik jubah tu... ^_^
Orang tak ramai kat situ.. tak perlu beratur pun. Sampai kat kakak tu, kakak tu dengan dahi berkerut dia cakap "dik, maaf ya dik.. saiz XS dah habis, tinggal saiz S je.." sambil tu dia bagi beg konvo kat deno. deno cakap okey, takpe. Sebenarnya rasa cuak jugak, ye la kan deno kecik, tak tahu saiz S tu 'besar mana' kan?
Then, sebelum keluar nak amik kad dan pelekat dengan sorang abang ni. Lepas dia bagi kad dan pelekat tu, tiba-tiba dia cakap pula kat deno.. "saya rasa saya ada simpan satu baju yang saiz XS, jom ikut saya"
Okey, deno jawab sepatah sambil tersenyum. Dalam hati ni dah berbunga sebab sebenarnya deno nak baju saiz XS sebab badan deno ni memang dah macam budak darjah6! deno masuk dalam bilik sebelah dengan abang tu, sekejap je dia terus bagi kat deno baju saiz XS tu! Terus deno ucapkan terima kasih pada dia! Masa tu hairan sikit sebab ada je budak yang kecik macam deno kat situ, tapi dia bagi kat deno pula baju tu.. Alhamdulillah rezeki deno :)
Sekejap je, tak sampai setengah jam dah boleh balik. deno tak jadi pergi raptai pukul 3petang tadi sebab masa tu, deno perlu buat CAPD. Jadi, selepas urusan jubah selesai, terus ke Hospital Dungun untuk buat CAPD.. macam biasa la, CAPD kan 4 kali setiap hari.. jadi tadi ke hospital buat CAPD untuk kali ke2 la.. :)
p/s: terima kasih abah hantar dan temankan deno amik jubah.. itulah my abah... ke mana anak bongsunya pergi mesti dia ada... bimbang betul dengan deno ni.. hihi
